Friday, September 2, 2011

definasi love

cinta.. apakah maknanya ia.. semua orang mengejar untuk cinta.. ada juga yang lari dari cinta..samakah cinta dengan sayang..waktu kecil bila ditanya,,apakah erti sayang dan cinta,,dengan pantas dijawab sayang akan ibu dan bapa..pabila waktu mula meningkat akal boleh berfikir dan setelah diberi didikan sosial dan agama,,ditanya lagi,,apa itu sayang dan cinta,,lantas dengan akal yang bijak menyatakan ianya adalah satu perasaan belas,kasih,memerlukan dari seorang anak kepada ibu dan bapa,,ketaatan seorang umat kepada tuhan,,kerinduan yang suci kepada nabi pesuruh Allah..setelah meningkat remaja,,peralihan identiti mula menjengah diri setiap manusia,,bagi mereka untuk memilih arah tuju yang bakal di pilih..pasti anda tidak akan berkata tidak dengan statement,,selalunya pada zaman ini,,darah sedang panas dan membara,,sentiasa merasakan diri sendiri yang paling benar,,hidup untuk memberontak,,tak perlukan pendapat orang lain,,inginkan kebebasan untuk memilih dan membuat keputusan,,hati mudah merajuk,,sehingga terlupa dengan siapa kite belajar untuk mengenal hidup,,dengan siapa kita diberi kehidupan,,dengan siapa kite menagih sayang dan cinta..pada saat ini semua ingin belajar untuk mencintai orang yang asing dalam hidup..yang tidak pernah memberi apa2 bakti untuk kita dari mula kita lahir..tapi,,itulah lumrah kehidupan yang harus dijalani..pelajaran untuk mencari pasangan hidup untuk dibawa ke syurga..tapi,,benarkah jalan dan keputusan yang kita pilih itu..bijakkah kita memilih pasangan..ada yang inginkan kesempurnaan..ada yang inginkan keseronokan,,ada yang memandang pada taraf,,ada yang hanya memerlukan kasih sayang,,dan menyatakan sanggup hidup susah asalkan sayang itu x luntur..ada yang memerlukan harta lebih dari perasaan sayang..ada yang memilih rupa,,walaupun perangai seburuk iblis,,tetapi jika rupa paras dapat dibanggakan untuk ditayang kepada umum,,semuanya boleh dijadikan pasangan..bab perangai,,belakang cerita la beb..benarkan?x kurang juga cinta yang berlandaskan nafsu serakah..cinta+nafsu=dosa.. semua orang tahu itu..tetapi,,mengapa sukar untuk menepis dosa dari hidup insan..benar,,tidak semua manusia berlandaskan hidup dengan dosa,,Alhamdulillah x terhingga jika ada yang terlindung dari bisikan syaitan..beruntunglah insan2 ini..sukar sebenarnya untuk mengetahui isi hati manusia,,jalan yang di ingin manusia,,ketulusan hati setiap manusia..

cinta,,siapa yang x mahu bercintakan? pasti mengidamkan sebuah cinta yang indah,,dihiasi bunga2 yang harum,,tanpa sedikit kepahitan,,sentiasa hangat dan subur..syg,,baby,,honey,,hubby,,mummy,,daddy,,b,,pelbagai gelaran manis yang akan dicipta bagi memekarkan lagi cinta,,dan mencairkan lagi hati yang asyik di lamun cinta..berjanji untuk tidak menyakiti,,sentiasa menjaga hati,,sentiasa menyayangi dan mencintai,,rindu yang x pernah putus,,sentiasa mencemburui,,cemburu tanda sayang lah katakan,,berjanji sehidup semati,,xmahu kan peganti,,ingin memiliki,,dan pelbagai janji untuk menawan hati..
tidak kurang juga yang sanggup menangis kerana cinta,,sanggup menanggung sakit,,perit,,sedih,,kecewa dengan sikap,,hampa dengan harapan sebelumnya tercipta,,bertahan dengan tohmahan,,akur dengan setiap arahan,,redha dengan segala perbuatan,,perkara yang bodoh itu dirasakan pandai dan dirasakan "sabarje lah wahai diri,,dia akan berubah",,merasakan kesakitan itu hanya sementara,,walaupon ianya telah memakan bulan dan tahun..adakah perbuatan itu boleh dikatakan bijak?atau penyabar?atau tiada akal?atau terlalu sayang sehingga tidak mampu mengatakan tidak pada kesakitan jiwa..asalkan orang yang disayangi tetap di sisi..

menarik nafas panjang,,dan melepaskan perlahan2 bersama keluhan yang mendalam,,sambil bertanya di dalam hati,,bilakah akan muncul bahagia yang abadi dalam cinta ini..bilakah menemui jawapan yang pasti tentang hubungan ini..masihkah ada cinta..masihkah ada kasih..masihkah ada rindu..masihkah ada sayang..atau sekadar in relationship sahaja..ya tuhan,,engkau yang maha mengetahu dan mengasihi,,berikan kekuatan hati kepada insan2 yang lemah dalam mengharungi cinta,,yang tidak tahu hujung ceritera cinta,,yang tidak pasti akan hubungan yang dibina..jika bicara dapat mengawal perbuatan pasangan,,maka mudah lah cinta itu..tapi,,cinta itu terlalu mahal dan tiada harga yang setaraf dengannya,,maka,,tiada akal dan kekuatan jiwa,,tidak kemana lah cinta itu sahabat..diiringi kesabaran,,doa,, dan usaha,,insyaAllah cinta yang didambakan itu adalah milik kita..tetapi,,andai semua itu tidak memberi hasil yang kite impikan,,haruslah redha dengan ketentuan dan takdirnya..

ada yang sanggup rosak kerana putus cinta..membunuh diri..memabukkan diri,,menyakitkan diri,,menghancurkan diri,,menyimpan dendam hingga orang lain yang menjadi mangsa cinta sebelumnya yang tidak menjadi..tiada lagi rasa percaya pada cinta,,pada jantina yang berlawanan..ahhh,,semuanya sama..kata2 keramat itu pasti wujud bagi insan yang x dapat menerima kenyataan..

beruntunglah bagi mereka yang kuat hati dan jiwa,,redha di atas kehancuran cinta,,bersemangat untuk menyatakan,,dia bukan jodohku,,pasti tuhan bakal mengurniakan yang lebih baik dari yang sebelumnya..tuhan sengaja mempertemukan kita dengan orang yang salah,,sebelum berjumpa jodoh yang sebenar,,untuk diberikan pelajaran kepada kita sebagai asas mendirikan rumahtangga..

apa pula definasi cinta bagi anda?